Blogger Templates

Thursday, September 26, 2013

CAHAYA

Tuhan itu maha adil.
Itu yang aku percaya.
Kalau dahulu aku hanya usaha membabi buta
Tapi kini aku sertakan doa dan tawakal
Pada dia yang aku percaya
Iaitu TUHAN

Bila kita susah, sedih, dan pedih.
Baru lah nak menagih simpati pada tuhan
Tuhan tu tidak pernah tiada untuk kita
Cuma
Bila apa yang kita impi, tak tercapai.
Baru kita nampak di mana itu tuhan.
Sebab apa?
Sebab kita hanya melihat apa yang tiada, sedangkan apa yang sudah ada
Tidak kita perlihatkan

Dahulu seronok untuk bermain dengan cahaya
Daripada duduk terdiam dalam gelap
Kau tarik aku,
Tarik supaya aku tidak berasa apa itu gelap hitam

Kamu—
Terima kasih aku pada dirimu
Kamu yang membawa aku kepada cahaya itu
Mengajak, mengajar dan sudi bermain dengan ku
Agar cahaya dapat dikongsikan bersama

Dahulu itu biarkan dahulu
Apa yang penting  adalah sekarang
Sekarang dah tak sama
Bila masing masing rasa senang
Senang—
Senang sehingga lupa dan alpa

Aku?
Masih lagi seronok bermain,
Walaupun aku tahu, ia nya tak seseronok dahulu
Ketika kamu sentiasa disamping aku…

Aku masih tak mampu menjadikan sekarang kepada dahulu
Kerana aku bukan yang terbaik
Aku bukan yang boleh dijadikan contoh
Tapi aku perlukan kamu,
Untuk menjadikan sekarang kepada dahulu
Dan dahulu kepada sekarang


No comments:

Post a Comment